KUALA LUMPUR 15 Okt. – Presiden Gerakan, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon menegaskan beliau akan membuat beberapa keputusan sukar sedikit masa lagi.

Katanya, ini termasuk mengenai kedudukannya dalam parti serta keputusan sama ada akan menjadi calon pada pilihan raya umum akan datang.

”Keputusan itu nanti mungkin menyebabkan sesetengah ahli dan pemimpin parti tidak menyukainya.

”Tetapi, saya di sini bukan untuk memuaskan hati semua pihak,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan persidangan Majlis Anggota Seumur Hidup Gerakan di sini hari ini.

Tsu Koon mengadakan sidang akhbar tergempar tersebut apabila ramai pemberita cuba mendapatkan reaksinya ekoran saranan terbuka Ketua Wanita Gerakan, Datuk Tan Lian Hoe supaya tidak bertanding dalam pilihan raya umum akan datang.

Menjawab persoalan itu, Tsu Koon secara sinis memberitahu Lian Hoe mungkin memahami segala strategi, kedudukan dan cabaran parti jika lebih kerap menghadiri mesyuarat jawatankuasa kerja pusat parti berkenaan.

“Memang saya akan membuat beberapa keputusan sukar selepas ini dan saya harap beliau (Lian Hoe) akan dapat menerimanya dengan baik,” katanya.

Advertisements

KUALA TERENGGANU 15 Okt. – Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang (gambar) membayangkan bahawa Akta Murtad tidak diperlukan kerana perkara berkaitan murtad sudah pun terkandung dalam hukum hudud.

Tanpa menyatakan pendirian sebenar parti itu berhubung usaha membendung gejala memurtadkan umat Islam, beliau berkata, apa yang penting sekarang adalah kuasa untuk memerintah.

”Semua hukum sudah ada dan ia boleh dilaksanakan apabila tiba masanya kelak.

”Yang penting kita kena ada kuasa untuk memerintah. Sekarang ini siapa yang memerintah?

”Barangkali awak tidak sempat tahun 60-an. UMNO (ketika itu) cakap tidak boleh laksanakan hudud sebab tidak cukup batu hendak buat jalan raya,” katanya kepada pemberita pada program Himpunan Kebangkitan Rakyat anjuran Badan Perhubungan Pas negeri di Pantai Pandak, Cendering dekat sini hari ini.

Abdul Hadi diminta mengulas gesaan agar Pas tidak berdiam diri berhubung cadangan mewujudkan Akta Murtad bagi membendung gerakan memurtadkan umat Islam di negara ini.

Cadangan mewujudkan Akta Murtad dikemukakan Mufti Perak, Tan Sri Dr. Harussani Zakaria.

Katanya, perbalahan kalangan parti pembangkang berhubung soal itu adalah perbezaan pandangan yang diberikan berasaskan persefahaman.


BERA 16 Okt – Orang ramai diminta tidak membuat pembelian panik kerana stok simpanan beras negara ini adalah mencukupi sekalipun berlaku bencana banjir besar di negara pengeluar utama beras dunia seperti Thailand, Vietnam dan Kemboja ketika ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, negara mempunyai stok penimbal bekalan beras untuk tempoh sehingga enam bulan.

“Malaysia mengeluarkan 70 peratus pengeluaran beras sendiri dan hanya 30 peratus diimport dari negara pengeluar utama Thailand, Vietnam dan Kemboja.

“Bagaimanapun kementerian, dan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani akan mengadakan perbincangan dan kerjasama bagi mengatasi kemungkinan berlakunya kekurangan bekalan beras di negara ini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Pemantapan Pendidikan Keibubapaan anjuran Majlis Kebajikan Pembangunan Masyarakat Parlimen Bera di Dewan UMNO Bahagian Bera di sini, hari ini.

Ismail Sabri berkata, jika keadaan beras negara dilihat meruncing, pelbagai alternatif akan diambil termasuk mengimport beras dari India dan Indonesia. – Bernama

Rakyat Makin Bijak Menilai Anwar

Posted: Oktober 15, 2011 in Uncategorized

KUALA KANGSAR 15 Okt. – Rakyat semakin bijak menilai Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui perwatakannya yang hanya licik memainkan sentimen rakyat melalui ucapan berkobar-kobar di pentas ceramah tetapi gagal membuktikan kredibiliti sebagai seorang pemimpin.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal menegaskan, rakyat negara ini tidak akan selama-lamanya tertipu dengan budaya politik Anwar yang sering mahu dilihat sebagai pemimpin yang unggul tetapi realiti jelas menunjukkan sebaliknya.

”Sebab itu kita selalu kata, jangan menilai manusia ini (Anwar) melalui kata-kata atau ucapannya yang memang begitu sedap didengar, tetapi kita perlu menilai segala perbuatan dan amalannya.

”Memang mudah berjanji apa sahaja untuk mendapat kuasa tetapi rakyat boleh menilai antara kebenaran dan pembohongan,” katanya ketika berucap menutup Majlis Penerangan Perdana Peringkat Negeri Perak di Dewan Merdeka, di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir; Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah; Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom serta para pemimpin komponen BN negeri.

Mohd. Shafie menegaskan, Anwar serta pemimpin pakatan pembangkang gagal menghalang momentum sokongan terhadap kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang berjaya mengotakan janji-janji melalui pelaksanaan dasar yang mengutamakan kepentingan rakyat.

”Perdana Menteri menterjemahkan segala janji dengan mendukung kepentingan rakyat dan formula kejayaan inilah yang semakin menggusarkan pembangkang,” katanya.

Beliau yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berkata, pakatan pembangkang juga tidak dapat menafikan kemampuan kerajaan BN dalam mewujudkan keharmonian masyarakat berbilang kaum di negara ini sehingga mendapat pengiktirafan dunia luar.

Tidak hairanlah, kata beliau, keharmonian tersebut cuba dirosakkan oleh pakatan pembangkang dengan memainkan isu serta sentimen negatif untuk membangkitkan kebencian rakyat terhadap kerajaan.

”Sekejap setuju, sekejap tidak setuju dan mereka berbalah sesama sendiri. Cukup jelas mereka tiada kesepakatan sehingga menjadikan perjuangan masing-masing sebagai bahan eksperimen untuk menarik sokongan.

”Kita perlu bertanya, bagaimana mereka ini mahu membina sebuah kerajaan yang kononnya memperjuangkan suara rakyat sekiranya suara pemimpin-pemimpin mereka sendiri tiada kesepakatan?,” tegasnya.

Sementara itu, Majlis Penerangan Perdana itu mendapat sambutan luar biasa apabila dihadiri lebih 12,000 orang iaitu jumlah tertinggi yang dicatatkan setakat ini sejak program itu dilancarkan September lalu.

Bertemakan penjelasan isu-isu semasa termasuk Bajet 2012, majlis itu dihadiri rakyat pelbagai lapisan termasuk ahli 120 pertubuhan bukan kerajaan (NGO), 800 pertubuhan belia sekitar Perak, wakil agensi kerajaan serta komponen Barisan Nasional (BN) negeri.

Tambah Rumah Mampu Milik

Posted: Oktober 15, 2011 in Uncategorized

PUTRAJAYA 15 Okt. – Kerajaan bertekad memperbanyakkan lagi projek-projek perumahan mampu milik dalam tempoh terdekat setelah menunaikan janjinya hari ini dengan melakukan proses cabutan fasa pertama 560 unit pangsapuri Program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) di Presint 11 di sini.

Menegaskan komitmen itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau menyedari peluang untuk membeli rumah khususnya oleh golongan berpendapatan rendah dan sederhana di sekitar Lembah Klang adalah kurang daripada 10 peratus.

Justeru, kata beliau, kerajaan akan menunaikan kehendak golongan itu untuk memiliki rumah sendiri atau memegang hartanah bagi menyemaikan sense of ownerships (perasaan pemilikan) yang lebih erat kepada negara ini.

“Bagi yang tidak berjaya (dalam proses cabutan) hari ini, harap jangan putus asa. Ini (baru) permulaan dalam perjalanan kita untuk bangunkan lebih banyak lagi (rumah mampu milik) di seluruh negara.

“(Cuma) saya nak tanya di mana ada kerajaan yang boleh sediakan sebegini baik kepada rakyatnya, kalau tidak bersyukur kepada Allah dan berterima kasih kepada kerajaan, saya tak tahu apa nak kata… sampai tak terkata.

“Insya-Allah, rakyat Malaysia akan terus terbela di bawah kerajaan sedia ada,” kata beliau.

Perdana Menteri berkata demikian ketika berucap menyempurnakan Majlis Pengundian Terbuka Pertama PR1MA untuk Rumah Mampu Milik di Presint 11 di sini.

Hadir sama isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor, Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Duta Malaysia ke Amerika Syarikat, Datuk Seri Dr. Jamaludin Jarjis dan Ketua Pegawai Eksekutif PR1MA, Datuk Abdul Mutalib Alias.

Menurut Najib, beliau sendiri menyaksikan betapa pentingnya memberikan rakyat pertalian yang ada pada hartanah.

“Saya amat bertuah pada suatu ketika dahulu dapat mengikuti Allahyarham ayahanda saya (Perdana Menteri kedua, Tun Abdul Razak Hussein) meninjau keadaan rakyat di rancangan tanah Felda.

“Saya dapat rasai betapa gembira dan komitednya rakyat yang telah diberi sebidang tanah dan sebuah rumah untuk memperbaiki keadaan kehidupan mereka, sehinggalah menjadi peneroka berjaya Felda sekarang,” katanya.

Namun, kata Perdana Menteri, situasi sekarang semakin mencabar dengan tanah kosong yang sesuai untuk projek perumahan di kota raya terutama Lembah Klang dan bandar-bandar besar semakin berkurangan.

“Jika dalam era 90-an, rumah teres di Bandar Baru Bangi boleh dibeli dengan harga RM150,000 sebuah, (tetapi) pada hari ini untuk mendapat harga yang sama, kita perlu mencari di kawasan yang lebih jauh dari Kuala Lumpur.

“Di Lembah Klang, saya difahamkan harga purata rumah teres baru sekarang adalah RM450,000 sebuah dan pada harga tersebut, bayaran ansuran bulanan boleh mencecah sehingga RM3,000 selama 20 bulan,” katanya.

Oleh sebab itu, kata Perdana Menteri, kerajaan menyarankan pihak pemaju supaya menurunkan harga rumah di Presint 11 kepada kadar yang mampu dibeli.

“Harga rumah mampu milik yang ditawarkan hari ini adalah RM120,000 dan RM150,000 (berbanding harga sepatutnya masing-masing RM175,000 dan RM220,000).

“Ini adalah hasil rundingan dan kerjasama baik serta usaha berterusan Ahli Parlimen Putrajaya (Tengku Adnan) dan agensi-agensi terlibat khususnya Perbadanan Putrajaya,” katanya.

Hello world!

Posted: Oktober 15, 2011 in Uncategorized

Welcome to WordPress.com. After you read this, you should delete and write your own post, with a new title above. Or hit Add New on the left (of the admin dashboard) to start a fresh post.

Here are some suggestions for your first post.

  1. You can find new ideas for what to blog about by reading the Daily Post.
  2. Add PressThis to your browser. It creates a new blog post for you about any interesting  page you read on the web.
  3. Make some changes to this page, and then hit preview on the right. You can always preview any post or edit it before you share it to the world.